Monday, July 5, 2010

Ternak ayam kampung original atau ayam kampung kacuk?

Penternak sering terkeliru. Mereka beli anak ayam kampung di kedai-kedai yang menjual haiwan peliharaan, pekan sehari, pasar-pasar ataupun daripada pembekal-pembekal dengan harapan bahawa ayam itu akan membesar macam ayam kampung asli yang biasa dipelihara di kampung-kampung. Bila dah besar, depa tengok, "awat ayam chek tak macam ayam kampung ori tu?".

Sebenarnya sama ada ori atau kacukan, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada motif kita menternak: untuk jual daging atau jual telur atau kedua-duanya.


ayam kampung ori v/s ayam kampung kacukan

Saya memetik artikel dari ANGSADARIA yang menyatakan:

Terdapat lebih sepuluh pengeluar ayam kampung kacuk yang aktif mengeluarkan anak-anak ayam berkualiti di semenanjung ketika ini. Ayam kampong kacuk merupakan yang paling banyak diternak kerana kadar tumbesarannya amat cepat iaitu 75 hari hingga 90 hari berbanding ayam kampong asli 6 hingga 7 bulan!

Ayam kampung kacuk dihasilkan daripada pembiakan yang terancang. Rupa dan bentuk badannya juga mirip ayam kampong asli. Prestasi pertumbuhannya amat cepat dan dianggap lebih baik berbanding ayam kampong asli yang terdapat di kampong-kampong. Ciri-ciri menarik yang terdapat pada ayam kampung kacuk ialah warna kulit dan warna kakinya kuning. Rata-rata ayam kampong kacuk mempunyai balong tunggal dan tidak pandai bergaduh, melompat dan terbang melebihi lima kaki tinggi.

Kepada bakal penternak atau para penternak yang mencari ciri-ciri terbaik seekor ayam, ingat pesanan ini; jangan sekali-kali membeli anak ayam yang paruh siap dipotong (paruh atas lebih pendek). Jangan beli anak-anak ayam yang dijual di pasar-pasar.

Ingat juga pesanan kedua ini; kualiti anak ayam bukan di tentukan oleh nombor kod seperti SASSO 154 atau KH B1 atau lain-lain yang berbentuk nombor tetapi kualitinya anda yang menentukan setelah anda menternak hingga boleh dijual, analisis perkara berikut ini;

* Kadar kematiannya kurang 5%
* Kaki dan kulit warna kuning
* Paruh tidak dipotong
* Tumbesarannya sekata
* Dagingnya pejal dan rasanya sedap.

Kalau nak ternak untuk jual daging, baik pilih yang kacukan sebab lebih berat ( 2 – 3 bulan : >1.5 kg ), kalau bela yang ori kena tunggu 6-7 bulan, itu pun lebih ringan kecuali kalau guna baka sabung atau baka komersial seperti KH B1 (Super Kedah). Ada penternak yang saya jumpa boleh menjual telur ayam dari ayam kacukan dengan harga sebiji 45 sen. Dia cuma bela kurang lebih 100 ekor induk dan 10 ekor pejantan. Tiap-tiap hari pengeluaran telur memberangsangkan dan tauke restoran cina dah siap booking lagi.

Terpulanglah pada kita nak pilih yang mana. kalau saya, dua-dua saya pilih sebab saya nak jual daging ayam kampung kacukan dan ayam kampung ori saya jual telur dan tetaskan anak. Kalau bela ayam kampung ori semata-mata nak jual daging saya rasa tak banyak mana yang boleh kecuali kalau biar dia cari makan sendiri. Tapi, kalau dah beratus-ratus ekor, semua ulat-ulat,cacing-cacing,rumput-rumput dan lain-lain makanan semulajadi yang ada kat sekitar ladang pun tak cukup jugak. Nanti mesti depa bising sebab lapar. Terpaksa juga belikan makanan untuk depa walau sekadar temukut atau cari sisa makanan free kat restoran2 atau kantin2. Ramai penternak give up sebab kes nak bagi makan ni la…..last-last jual semua ayam dan tak nak bela dah. Sapa yang rugi?

Sebagai alternatif yang terbaik, jadikan yang kacukan sebagai induk betina dan cari pejantan dari baka sabung. Mesti hasilnya memuaskan. Ramai yang berjaya dengan cara ni.


yang penting ialah telur...


Sumber : http://kebunwarisan.blogspot.com/2009_10_01_archive.html

Sunday, July 4, 2010

PANDUAN MENANAM RAMBUTAN DAN PULASAN

PANDUAN MENANAM RAMBUTAN DAN PULASAN





BUAH RAMBUTAN (Nephelium Lappaceum L)

Rambutan (Nephelium lappaceum L) adalah tanaman popular dan digemari rakyat di negara ini dan kebanyakan penduduk rantau Asia. Ia sejenis buah-buahan bermusim dan boleh ditanam sekeliling kediaman atau dusun. Di Malaysia, kawasan penanaman utama adalah di Kelantan, Johor, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah. Rambutan adalah buah-buahan yang berdaya maju untuk dieksport ke negara Timur Tengah dan Eropah.


Istilah Rambutan dari Wikipedia
Pokok Rambutan


CIRI-CIRI POKOK

Pokok rambutan boleh mencapai ketinggian sehingga 20m dan mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang. Pokok dari baka cantuman mempunyai batang utama besar dan pendek. Dahan utama rendah dan terbuka. Kulit dahan dan batang berwarna perang tua serta bertompok putih kecil. Daun rambutan berbau harum sedikit, tidak mempunyai petol dan sepal berwarna kuning muda dan berkilat dan sedikit berbulu. Bunga jantan dan betina terdapat berasingan dalam sejambak. Untuk pembentukan buah, pokok rambutan memerlukan proses pendebungaan berkacuk dengan serangga sebagai agen pendebungaan. Buah rambutan berbentuk bujur atau hampir bulat dan berukuran lebih kurang 5 cm. Tempoh masak adalah dari 100 hingga 130 hari (Sila lihat indeks kematangan buah rambutan di bawah). Isinya manis dan berjus, berukuran lebih kurang 2.5 cm panjang dan 1.5 cm lebar.

VARIETI-VARIETI RAMBUTAN

R134
Klon ini berasal dari Singapura dan didaftar pada bulan Mac 1946. Buah besar dan berbentuk bujur. Kulit berwarna merah tua, rambutnya sederhana panjang dan jarang. Isinya tebal dan sederhana pejal, rasanya manis, lekang dan berjus.


R 156
Klon ini digelar Muar Gading, didaftarkan pada 10 Januari 1955 dan berasal dari Sungai Abang, Muar, Johor. Kulit berwarna kuning, berbentuk bulat, besar, mempunyai rambut yang kasar tetapi jarang dan pendek. Isinya tebal, sederhana pejal, rasanya sederhana manis, lekang dan berjus. (Rambutan Gading dari Wikipedia - klik).


R 160
Rambutan ini digelar 'Khaw Tow Bak' berasal dari Pulau Pinang dan didaftar pada 7 Jun 1970. Saiz buah berbeza-beza daripada sederhana besar hingga besar. Buah berbentuk bulat bujur. Kulit berwarna merah. Rambutnya kasar dan pendek. Isinya tebal, lembut, manis dan berjus. Lapisan selaput biji terikut sedikit pada isi.


R 162
Klon ini dipanggil 'Oh Heok' berasal dari Pulau Pinang dan didaftarkan pada 17 Jun 1970. Kulit buah berwarna kuning kemerahan. Saiz buah besar, berbentuk bujur, berambut halus dan sederhana panjang. Isinya tebal, lekang, pejal dan sederhana manis. Lapisan biji terikut pada isi.


R 167
Dikenali dengan nama 'Chai Taw Cheng' dan telah didaftarkan pada 17 Jun 1970. Saiz buah sederhana besar, berkulit nipis dan berwarna merah kekuningan, rambutnya panjang dan berwarna hijau. Isinya lekang, pejal dan rasanya manis.


R 168
Klon 'Che Embong' berasal dari Kelantan dan didaftarkan pada 23 Julai 1970. Saiz buah adalah sederhana panjang. Kulit berwarna mrah kekuningan dan sederhana kasar. Isinya tebal, pejal dan rasanya manis.


R 170
Dikenali dengan nama 'Deli Cheng' berasal dari Pulau Pinang dan telah didaftar pada 17 Jun 1970. Mempunyai buah berwarna merah yang besar dan berbentuk bulat bujur. Rambutnya sederhana panjang dan kasar. Isinya lekang, tebal, pejal dan sederhana manis. Lapisan selaput biji terikut sama dengan isi.


R 185
Terkenal dengan nama 'Lekang Nyior" berasal dri Gurun, Kedah dan didaftarkan pada 14 Februari 1980. Buahnya besar, berwarna merah dan berbentuk bulat bujur. Isinya lekang, rasanya manis dan didapati kering sedikit. Kulit biji tertanggal dan terikut bersama isi.


R 191
Terkenal dengan nama 'Rong Rien' atau 'Anak Sekolah'. Berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 1 Jun 1981. Saiz buah sederhana besar (40 gm/buah), berbentuk bujur dan kulitnya berwarna merah. Isinya manis, lekang dan pejal.

Terdapat beberapa varieti yang ditanam di Malaysia, namun hanya enam varieti sahaja yang popular iaitu R134, R156 (Muar Gading), R162 (Ong Heok), R170 (Deli Cheng), R191 (Anak Sekolah) dan R193 (Deli Baling). Keenam-enam klon ini berbeza dari segi bentuk buah, isi dan tahap kemanisan.

KEPERLUAN TANAH DAN IKLIM

Iklim tropika sesuai untuk tanaman rambutan yang mempunyai taburan hujan tahunan antara 1700-2500 mm dan suhu optima antara 26-280C. Tanaman ini memerlukan keadaan kering yang pendek untuk pembuangan, musim hujan untuk masa pembesaran buah dan keadaan kering bagi peringkat buah hendak masak. pH tanah yang sesuai ialah antara 5.5-7. Bagi kawasan rendah atau datar, perparitan perlu dibuat untuk membaiki saliran di kawasan-kawasan ladang. Kawasan berbukit mempunyai kecerunan 6-120 perlu dibuat teres atau tapak gajah. Tanaman penutup bumi digalakkan sebagai satu langkah pemuliharaan kawasan bercerun.

PENANAMAN:

Pokok rambutan boleh ditanam menggunakan sistem tiga segi sama, sistem empat segi sama atau sistem sesiku keluang. Jarak tanaman disyorkan adalah 9 m x 9 m. Sistem tiga segi dapat memberikan bilangan pokok yang lebih banyak dalam satu kawasan dari sistem segi empat sama (lihat sistem tanaman tiga segi dan empat segi). Sistem sesiku keluang dapat memberikan kepadatan pokok yang tinggi dengan tambahan 100% bagi satu kawasan.

Sistem sesiku keluang melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok pengisi bersifat sederhana dan dibuang apabila pokok rambutan berumur 12 tahun atau kanopi mula bertemu.

PEMBAJAAN

Masa yang sesuai untuk membaja ialah diawal musim hujan. Bagi pokok dewasa, masa yang paling sesuai dibaja ialah selepas kutipan hasil dan 3-4 minggu selepas bunga berkembang. Baja boleh ditabur di sekeliling kanopi pokok atau membuat poket/lubang (4-6 poket) dan isikannya dengan baja. Pengapuran boleh dilaksanakan sekiranya pH tanah kurang dari 4.5.


TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN

Apabila daun muda dan daun tua menunjukkan tanda-tanda klorosis dan kadangkala berserta dengan tanda-tanda nekrosis pada hujung daun. Daun-daun ini juga selalunya kecil dari biasa dan keguguran daun-daun tua kadangkala berlaku. Daun yang kekurangan unsur posforan selalunya berwarna hijau tua. Pada daun-daun tua terdapat tompok-tompok kuning serta tanda-tanda nekrosis di tengah-tengah tompok tersebut. Kadangkala juga daun-daun berubah warna coklat tua dan gugur.

Kekurangan kalsium mengakibatkan daun-daun tua dan setengah tua menunjukkan tanda-tanda nektrosis pada tepi-tepi daun. Kadangkala daun tersebut menunjukkan tanda-tanda klorosis antara urat-urat di tepi daun. Kekurangan kalsium juga jarang kelihatan sekiranya ada terdapat pada daun-daun muda. Daun-daun tersebut cacat, kecil dan berwarna hijau tua dan pada keadaan teruk daun menjadi kering.


PEMBAJAKAN
Untuk Pokok
(tahun) Jenis Baja Sebatian
(N.P.K. Mg)
Kekerapan/Tahun/
Pokok/Tahun (Kg) Jumlah baja
1 15:15:15
5-6
0.5

2 15:15:15
3.4
1.0
3 12:12:17:2 3.4
1.5
4 12:12:17:2 3
2.0
5 12:12:17:2 3
2.5
6 12:12:17:2 3
3.0
7 12:12:17:2 3
4.0
8 12:12:17:2 3
5.0
8 ke atas 12:12:17:2 3
5.0




PEMANGKASAN

Melibatkan kerja-kerja membuang tunas air dan memotong ranting atau dahan yang tidak dikehendaki, rosak, berpenyakit, bersilang atau bergeser. Tujuan aktiviti pemangkasan adalah:-

Untuk membentuk pokok yang mempunyai daun-daun seimbang;
Untuk memastikan semua bahagian-bahagian pokok menerima pancaran matahari dan pengedaran udara yang maksimum; dan
Untuk mendapatkan pokok subur dan produktif.

Terdapat dua jenis pemangkasan:

Cantasan pembentukan terbuka tengah
Cantasan penjagaan
Sila lihat panduan mencatas / pemangkasan pokok
Untuk mendapatkan pokok yang subur dan penghasilan tinggi, program pembajaan disyorkan seperti dalam jadual di atas. Masa yang sesuai untuk membaja adalah pada awal musim hujan. Bagi pokok dewasa, masa yang paling sesuai ialah selepas bunga berkembang (sila lihat panduan pemangkasan pokok).



PENGAIRAN

Zon agroiklim yang disyorkan untuk tanaman rambutan ialah di mana jenis tanah bersuaian dan purata hujan yang mencukupi untuk keperluan tumbesaran dan penghasilan yang baik. Bagi kawasan yang mudah dibanjiri air, sistem saliran yang baik dan sesuai perlu diadakan untuk mengelakkan air bertakong.

PENGURUSAN PENYAKIT DAN PEROSAK
Serangga perosak:

Ulat lipat daun (adoxophyes privatana)
Larva akan menggulung dan melipat daun muda. Sembur dengan racun serangga yang sesuai.

Ulat buah rambutan (conopomorpha cramerella)
Larva merosakkan buah dengan mengorek masuk melalui kulit berhampiran tangkai buah dan memakan di bawah kulit. Kambus ke dalam tanah buah-buah yang rosak dan gugur. Buah yang rosak dan gugur ditimbus ke dalam tanah. Cantas tangkai buah yang lama, musnahkan daun-daun yang mempunyai kepompong dan bersihkan kawasan pangkal pokok daripada sampah sarap. Guna racun serangga yang sesuai.

Kumbang pemakan daun
Memakan daun, tisu-tisu daun dan urat-urat daun dan menyebabkan berlubang. Sembur racun serangga yang sesuai.

Kumbang Belangkas (Hypomeces squamosus)
Memakan tisu dan menyebabkan daun berlubang
Penyakit:

Kulapuk berdebu (powdery mildew - oidium sp. Qidium nephelii)
Sering berlaku pada buah muda yang belum berisi. Buah menjadi merekah dan gugur sebelum masak. Buat cantasan untuk mengawal rimbunan pokok. Jika serangan berlaku sembur dengan racun kulat yang sesuai.

Kulapuk hitam (sooty mould - Meliola nephelii)
Menghalang pembesaran buah. Buat cantasan untuk mengawal rimbunan pokok. Jika serangan berlaku sembur dengan racun kulat yang sesuai.

Penyakit kanker rambutan (delobra nepheliae)
Kulat menyerang batang dan ranting pokok, menghasilkan keruping yang bengkak pada dahan dan ranting. Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rimbunan pokok. Kikis keruping dan pastikan pembajaan sempurna.

Penyakit bintik alga
Bintik-bintik baldu berwarna hijau kekuningan pada daun. Pastikan cantasan dan pembajaan yang sempurna dijalankan.

Penyakit akar putih (rigidoporus)
Terdapat bebenang putih pada akar dan pokok kelihatan tidak sihat. Lama kelamaan daun menjadi kuning dan gugur. Musnahkan pokok sekiranya berlaku serangan teruk.

Penyakit cendawan angin (corticium salmonicolor)
Batang dan cabang yang dijangkiti menunjukkan keruping yang berwarna merah muda. Pangkas dan musnahkan bahagian yang berpenyakit. Pastikan pengudaraan yang baik.


PENGELUARAN HASIL

Pokok rambutan mula berbuah tiga tahun selepas ditanam dengan anggaran penghasilan 2,000 kg/ha. Penghasilan meningkat jika terdapat 2 musim kemarau. Musim utama berlaku pada bulan Jun hingga Ogos dan musim kedua pada bulan Disember hingga Januari. Tempoh matang adalah antara 100 hingga 130 hari. Perubahan warna menunjukkan kematangan buah. Oleh kerana rambutan digolongkan sebagai buah bukan klimetrik, penuaiannya perlu dilakukan pada peringkat kemasakan dimana mutu organoleptiknya adalah optimum. Kutipan hasil rambutan seelok-eloknya dibuat pada waktu pagi atau petang apabila cuaca redup.

EKONOMI PENGELUARAN

Jumlah kos pengeluaran bagi tanaman buah rambutan boleh diasingkan kepada kos pembangunan, kos bahan dan kos tenaga kerja. Anggaran kos pembangunan tanaman buah rambutan bagi sehektar tanah ialah sebanyak RM3,719.00 untuk aktiviti penebangan, pembersihan kawasan dan pembakaran, penyediaan infrastruktur ladang, penyediaan tanah dan penanaman anak-anak pokok. Kos bahan pula adalah sebanyak RM1,230.00 untuk bahan-bahan seperti kos anak benih, kos baja, kos racun kawalan serangga, penyakit dan rumpai serta kos alat-alat ladang.

Kos tenaga kerja merupakan perbelanjaan paling tinggi. Bagi mengusahakan sehektar tanaman rambutan, purata kos tenaga kerja ialah sebanyak RM1,043.00 setahun. Daya maju projek dinilai dari segi aspek pendapatan bersih, tempoh pulangan modal dan analisis kewangan.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Buah rambutan yang telah dipetik dikumpul ke dalam bakul plastik dan tidak didedah kepada cahaya matahari dan perlu dibawa ke pusat pengumpulan buah dengan segera. Pemilihan buah dibuat dengan mengasingkan buah yang baik dan buak rosak dan dibersihkan daripada daun, serangga, semut, ranting dan lain-lain.

INDEKS KEMATANGAN BUAH RAMBUTAN

Secara umumnya buah rambutan sudah boleh dipetik diantara 12 -19 minggu selepas berputik dan berbeza mengikut varieti. Rambutan Anak Sekolah atau Rongrien (R191) didapati sesuai dipetik pada peringkat 16 minggu selepas berputik manakala rambutan Gula Batu (R3) dan Muar Gading (R156) masing-masing boleh dituai pada peringkat 16-17 minggu dan 15-18 minggu selepas berputik.

Penentuan kematangan buah rambutan bersandarkan tarikh dari berputik memberi masalah kepada pemetik buah kerana kematangan buah pada satu pokok, malah dalam satu tangkai yang sama tidak seragam. Biasanya buah pertama dan buah yang terakhir terbentuk pada satu tangkai mempunyai perbezaan umur selama 30 hari. Oleh itu penentuan kematangan buah rambutan berasaskan perubahan warna kulit dan bulu buah didapati lebih praktikal. Umumnya rambutan terdiri daripada buah yang berwarna merah dan kuning apabila masak.

Indeks kematangan varieti terpilih:

Varieti R134 (jenis merah)

Indeks 1

:

Kulitnya berwarna hijau kekuningan. Bulu berwarna hijau kekuningan dan bahagian pangkal bulu sudah kekuningan. Buahnya kecil (lebih kurang 45 biji/kg) dan isinya nipis. Rasanya masam dan tidak sesuai untuk dimakan.
Indeks 2

:

Warna kulit adalah hijau kekuningan dan sedikit kemerahan. Warna bulunya hijau dan pada pangkal bulu sudah kelihatan warna kemerahan. Buahnya kecil (lebih kurang 42 biji/kg) dan isinya masih nipis. Mutu makan pada peringkat ini masih rendah.
Indeks 3

:

Kulit buah berwarna kuning kemerahan. Warna bulu masih hijau tetapi pada bahagian pangkal bulu berwarna kemerahan. Saiz buah agak besar iaitu lebih kurang 35 biji/kg. Rasanya manis dan isinya tebal dan rangup. Buah pada peringkat ini sesuai untuk dieksport.
Indeks 4

:

Warna kulit oren kemerahan. Bahagian hujung bulunya berwarna hijau dengan bahagian pangkal bulu berwarna kemerahan. Buahnya besar (lebih kurang 30 biji/kg). Rasanya manis, isinya tebal dan rangup. Buah pada peringkat ini sangat susuai untuk dieksport.
Indeks 5

:

Kulit dan bulunya berwarna merah. Buahnya besar iaitu lebih kurang 25 biji/kg. Rasanya sangat manis dan berair. Isinya tebal dan berjus. Buah pada peringkat ini hanya sesuai untuk pasaran tempatan.


Varieti R156 (jenis kuning)

Indeks 1

:

Buah pada peringkat ini mempunyai kulit berwarna hijau kekuningan. Bulu berwarna hijau tetapi pada bahagian pangkal bulu sudah kelihatan perubahan warna (kekuningan). Buahnya kecil, kering dan isinya nipis. Rasanya masam dan tidak sesuai untuk dimakan.
Indeks 2

:

Warna kulit pada pringkat ini adalah kekuningan. Warna bulunya hijau dan pada pangkal bulu sudah juga kelihatan kekuningan. Buahnya kecil, kering dan isinya masih nipis. Rasanya kemasaman, kurang manis dan rangup.
Indeks 3

:

Kulit buah berubah warna menjadi kuning kehijauan. Warna bulu masih hijau. Saiz buah agak besar. Rasanya manis, isinya tebal dan rangup. Buah pada peringkat ini sesuai untuk dimakan dan dieksport.
Indeks 4

:

Warna kulit berwarna kuning. Sementara bulunya berwarna hijau dengan bahagian pangkal bulu berwarna kemerahan. Buahnya besar. Rasanya manis, isinya tebal, berjus dan rangup. Buah pada peringkat ini sangat sesuai untuk dieksport.
Indeks 5

:

Buah pada peringkat ini berwarna kuning oren. Bulu berwarna hijau dan pangkal bulu berwarna kemerahan. Buahnya besar. Rasanya sangat manis dan berjus. Isinya tebal tetapi kurang rangup. Buah pada peringkat ini hanya sesuai untuk pasaran tempatan.



SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED
(sumber: FAMA)
Skop

Spesifikasi piawaian dan gred ini menerangkan keperluan-keperluan piawaian dan gred untuk buah rambutan (Nephelium lappaceum L) yang dipasarkan, merangkumi kedua-dua varieti rambutan jenis merah dan kuning.

Definasi Terma

Bagi tujuan spesifikasi tersebut, terma-terma yang digunakan akan bermaksud:-

Kematangan
Terdiri daripada enam indeks warna seperti berikut:

Indeks 1:
Hijau. Buah belum matang. Rambut dan kulit hijau dengan akar rambut agak hijau keputihan. Isi sangat pejal, kering dan sangat masam.

Indeks 2:
Hijau pucuk pisang. Buah matang, pringkat pecah warna. Rambut hijau muda dengan akar rambut berwarna kuning kesumba. Isi masam.

Indeks 3:
Kuning kesumba. Buah matang. Rambut hijau pucuk pisang dengan akar rambut berwarna kuning kesumba. Isi pejal dan masam.

Indeks 4:
Merah kesumba. Buah masak. Rambut hijau pucuk pisang dengan akar rambut berwarna merah kesumba. Isi pejal dan sagak manis

Indeks 5:
Merah. Buah terlalu masak. Rambut merah dengan warna hijau pucuk pisang pada hujung. Is pejal, manis dan peringkat rasa terbaik.

Indeks 6:
Merah tua. Buah terlalu masak. Rambut merah tua. Isi agak longgar daripada kulit, agak lembik, banyak jus dan rasanya agak tawar.

Kematangan Seragam
Setiap pembungkusan atau konsainan mengandungi buah rambutan dari satu indeks kematangan atau gabungan 2 indeks yang terdekat seperti indeks 3, 4 dan 5 dan sebagainya di dalam satu-satu lot.

Segar
Keadaan buah baru dipetik. Kulit berwarna cerah dan nampak berseri, rambut masih tegar dan tidak layu.

Kecacatan
Buah yang mempunyai tanda-tanda yang menjejaskan persembahan termasuk kotor, cacat dan cacat rupa.

Kotor - buah yang terdapat kesan-kesan bendasing yang tidak dibersihkan seperti tanah, lumpur, cebisan buah rosak, sarang serangga dan bahan-bahan lain yang boleh dibersihkan.

Cacat - keadaan buah yang tidak sempurna pembentukannya dan tidak menyerupai buah rambutan yang normal.

Cacat Rupa - kesan-kesan yang menjejaskan rupa buah seperti warna yang tidak sekata, bintik-bintik hitam, kesan parut dan lain-lain di mana kesannya tidak sampai ke bahagian isi buah rambutan. Kesan ini meliputi lebih 10% pada permukaan kulit buah.

Rosak
Sebarang kecederaan atau kerosakan berikut disebabkan oleh serangga atau haiwan perosak, penyakit dan kecederaan mekanikal pengendalian yang akan menjejaskan jangkahayat, persembahan, pemakanan dan kualiti.

Keperluan Minimum

Agak bebas daripada rosak disebabkan oleh kecederaan mekanikal, perosak dan penyakit. Agak bebas daripada kotoran, kecacatan dan sesuai untuk dimakan oleh manusia. Telah mencapai tahap kematangan yang mencukupi (indeks 4 dan 5) seperti yang dikehendaki oleh pasaran. Kandungan bahan pepejal larut > 10o Brix.

Pengelasan Gred dan Saiz

Rambutan dikelaskan kepada tiga gred, bergantung kepada keadaan dan ciri-ciri seperti berikut:-

Gred Spesifikasi Kelonggaran (Maksimum)
Premium
Ia mestilah daripada varieti yang sama, segar dan
bersih. Mempunyai saiz dan kematangan yang
seragam. Ia juga mestilah bebas dari kecacatan
atau kerosakan. Kematangan < 5%
Segar < 5%
Rosak < 5% Kecacatan < 5%
Keseragam saiz < 5%
1 Ia mestilah daripada varieti yang sama, segar dan
bersih. Mempunyai saiz dan kematangan yang
seragam. Ia juga mestilah agak bebas dari
kecacatan atau kerosakan. Kematangan < 5%
Segar < 5%
Rosak < 5% Kecacatan < 10%
Keseragam saiz < 5%
2 Ia mestilah daripada varieti yang sama, segar dan
bersih. Mempunyai saiz dan kematangan yang
seragam. Ia juga mestilah agak bebas dari
kecacatan atau kerosakan. Kematangan < 5%
Segar < 5%
Rosak < 10% Kecacatan < 10%
Keseragam saiz < 10%

Bagi rambutan, saiz ditentukan oleh berat dalam unit gram seperti jadual berikut:-

Saiz Kod Berat (gm)
Besar L .30
Sedang M 20-30
Kecil S <20


Pembungkusan dan Pelabelan

Pembungkusan:

Rambutan daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg.

Pelabelan

Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:

- tarikh
- nama / kod penanam
- nama / kod pengeksport
- no. kad pengenalan
- no. pendaftaran syarikat
- alamat
- komoditi
- berat bersih
- gred

Persampelan

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 78 "Method of Sampling Fresh Fruits", atau kaedah statistik yang dipersetujui.

Buah Pulasan

Buah Pulasan atau nama sainsnya Nephelium mutabile adalah sejenis buah yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan. Tetapi biji buah pulasan adalah lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar berbanding buah rambutan.



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

Friday, July 2, 2010

Peluang Menambah Duit Saku di Bulan Ramadhan

JKKK Kg. FELDA Bukit Mendi menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa tapak bazaar Ramadhan bagi tahun 2010 Masihi bersamaan 1431Hijrah bolehlah berurusan di Pejabat JKKK FELDA Bukit Mendi untuk mendapatkan borang.

Tawaran tapak penyewaan tapak adalah terhad. Oleh itu, sesiapa yang cepat akan dapat. Tawaran akan ditutup pada akhir bulan Julai 2010. Rebutlah peluang ini segera agar anda tidak kerugian.

PANDUAN MENANAM HALIA

Pengenalan

Halia (Zingiber officinale Rsc.) adalah tanaman yang diusahakan secara kecil-kecilan untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan. Rizom halia banyak digunakan sebagai rempah perasa dalam makanan dan ubat.

Halia ditanam samada sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanah mineral dan gambut. Penanaman halia di tanah gambut mempunyai potensi sebagai tanaman kontan dan tanaman selingan. Halia biasanya ditanam di ladang-ladang nenas, kelapa sawit, getah dan buah-buahan.


Jenis-jenis Halia


Jenis-jenis utama yang ditanam di negara ini ialah Halia Bentong, Halia Taiwan dan Halia Indonesia.

Jenis Bentong
Mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (belendir dan berair). Warna keputih-putihan.


Jenis Taiwan
Mempunyai jari-jari rizom yang besar penuh berisi, berlendir dan sederhana pedas.


Jenis Indonesia
Mempunyai rizom yang panjang dan berwarna kuning muda.


PENANAMAN

Tanah dan Iklim:
Halia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gembur) yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi, dan tidak menyekat tumbesaran rizom. Kajian menunjukkan halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5. Walau bagaimanapun ianya boleh juga ditanam di tanah gambut yang pH nya 3.8. Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.

PERSEDIAAN BAHAN TANAMAN

Halia ditanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih pada sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit eloklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.

Rizom-rizom disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas. Kemudian rizom dikerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas.

Anggaran 25-33 keratan boleh didapati daripada 1 kg rizom. Keperluan bahan tanaman dianggarkan 1,500-2,000 kg rizom segar sehektar. Rizom-rizom direndam selama lima minit dalam larutan Bordeaux (4:5:50). Selepas itu keringkan semalaman sebelum menanam. Tujuan merendam dalam larutan tersebut ialah untuk mengurangkan berlakunya penyakit layu.

PENYEDIAAN TANAH
Tenggala dan gembur tanah sebelum menanam. Buatkan batas 30 cm tinggi 61 cm antara batas.


MENANAM DI LADANG

Sebaik-baiknya halia ditanam dalam bulan Februari dan Mac iaitu musim permulaan hujan. Ini membantu percambahan rizom-rozom. Musim kemarau berikutnya pula mengurangkan berlakunya penyakit layu.

Petani-petani biasanya mengamalkan jarak tanaman 25-30 cm empat persegi di Bukit Tinggi; dan 20 cm x 30 cm dua baris di Tanjung Sepat. Walau bagaimanapun jarak tanaman yang disyorkan ialah 60 cm dalam barisan. Jarak sebegini menggalakkan pembesaran rizom yang lebih subur dan memberi sejumlah 53,796 pokok sehektar.

Atur keratan-keratan rizom di atas batas. Gali lubang sedalam 15 cm dan letakkan rizom dengan 'mata' menghala ke atas. Kambus dan kejapkan tanah. Beri naungan kepada pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2-4 minggu selepas menanam.

Pembajaan bagi jarak tanaman halia 0.25 m x 0.5 m

Kepadatan tanaman sehektar (pokok) Keperluan benih sehektar Masa membaja Jenis baja Kadar baja sehektar Umur mula berhasil (bulan) Tempoh pengeluaran hasil Anggaran hasil sehektar

51,200
1,500 kg umbisi 1 MST
24 HLT
56 HLT
84 HLT
112 HLT
140 HLT Tahi ayam
12:12:17:2
12:12:17:2
12:12:17:2
12:12:17:2
12:12:17:2 3-5 mt
300 kg
300 kg
300 kg
300 kg
300 kg 8-9
Halia tua


4.5-5
Halia muda -




15-22 mt



9.0 mt


Nota: MST - Minggu sebelum tanam HLT -Hari lepas tuai

PENJAGAAN

Pembajaan
Disyorkan mengikut keadaan tanah.

Tanah gambut - gunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg P2Os dan 236 kg K20 sehektar. Tanah bukan organan disyor menggunakan baja campuran yang mengandungi 56 kg N, 67 kg P2Os dan 112 kg K20 sehektar.


Merumput
Sekurang-kurangnya 1-3 pusingan merumput dibuat semasa membaiki batas-batas.



MEMUNGUT HASIL
Halia dituai sebagai halia muda yang berumur 41/2 - 5 bulan dan halia tua berumur 9 bulan selepas menanam. Kelewatan memungut hasilnya akan meninggikan kandungan sabut.


PENYAKIT, PENYEBAB SERTA KAWALANNYA

Layu baketeria (Ralstonia soslanacearum)
Daun kering perang keemasan, layu dan kering. Batang dan rhizom menjadi lembik dan busuk. Guna benih dari pokok yang bebas penyakit. Musnah pokok yang berpenyakit dan elak menanam halia di kawasan yang sama. Dapatkan saliran ladang yang baik.


Reput akar (Phytophthora spp.)
Bahagian yang diserang berair dengan cepat dan reput. Gilirkan tanaman


Ulat pengorek (Udasspes folus)
Sembur racun Pemethrin atau Methamidophos.


Bintik Daun (Phyllosticta zaingibera)
Sembur racun kulat Benomyl.


PENGUTIPAN HASIL

Hasil boleh dipungut sebagai halia muda semasa berumur 4-5 bulan dan halia tua semasa berumur 8-9 bulan (batang daun mula menjadi kuning). Halia yang dipungut sekiranya terdedah lama kepada cahaya matahari, akan kehilangan air dan mutunya merosot. Hasil tua adalah diantara 12-18 tan/hektar dan halia muda ialah 9 tan/hektar. Hasil purata halia tua ialah 15 tan/hektar.



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://pertanianmjg.perak.gov.my

Latar Belakang Syarikat True Aqua Enterprise

Kursus Penternakan Udang Galah

TrueAqua adalah satu-satunya syarikat yang mengadakan kursus penternakan udang galah secara aktif (2 minggu sekali) di samping menternak udang galah dengan jayanya.

Syarikat ini menawarkan kursus intensif meliputi dari A ke Z dan yang paling unik ialah ia diadakan di kolam ternakan syarikat itu sendiri. Ini amat penting untuk memastikan kesemua peserta sama ada berpengalaman ataupun masih mentah betul-betul faham dengan topik yang diajar.

Antara topik kursus ialah kualiti air, sistem kolam yang betul, pemakanan dan cash flow. Syarikat ini juga pernah menjemput pihak Jabatan Perikanan untuk memberi sepatah dua kata tentang penternakan ini.

Jika berminat, sila hubungi syarikat tersebut bersama maklumat lengkap seperti nama penuh, no IC dan membuat pembayaran ke Maybank 162021303684 (A. Fadzil Zainun)

TrueAqua Collection

TrueAqua Harvest Collection

TrueAqua Interview With Astro Awani in UWartawan

Aerotube Application : Stocking Pond

Aerotube Application : Live Delivery of Freshwater Prawn

Tuesday, May 25, 2010

Genus : Macrobrachium

Salam and hi to all,

Hari ini saya menemui beberapa benda baru untuk dikongsi, saya rasa amat menarik perhatian saya dan untuk menambah ilmu fan disini. Kepada peserta kursus kami, mungkin ilmu ini boleh ditambahkan kepada ilmu biologi udang galah yang telah kami berikan.

Di bawah ialah klasifikasi di mana udang galah di dalam sistem piramid binatang.

Kingdom: Animalia
Phylum: Arthropoda
Subphylum: Crustacea
Class: Malacostraca
Order: Decapoda
Infraorder: Caridea
Family: Palaemonidae
Genus: Macrobrachium
Species: M. rosenbergii

Macrobrachium sebenarnya ialah genus atau kumpulan untuk udang-udang sungai yang mempunyai beberapa ciri-ciri yang sama iaitu:
1) Mempunyai sepasang sepit yang panjang pada pasangan sepit kedua - periopods (pasangan sepit pertama ialah sepit untuk mengutip makanan)
2) Hidup di air tawar
3) Berhijrah dari air masin ke air tawar dari PL ke adult (bukan semua Macrobrachium)
4) Mempunyai tanduk atau rostrum yang panjang dan melentik (bukan semua Macrobrachium tetapi astinya pada udang galah)
5) Terkenal dengan kanibalism dan agresif.

Sebenarnya terdapat jutaan jenis udang yang kita sendiri tak kenal. Kita hanya kenal udang-udang komersial seperti udang galah, udang harimau dan udang putih. Udang putih dan udang harimau tergolong dalam genus peneus, iaitu peneus monodon (udg harimau) dan peneus vannamei (udg putih). Beberapa genus macrobrachium yang tidak dikenali juga diternak di negara lain iaitu habitat asal mereka seperti M. Carnicus. Begitu juga untuk genus peneus, ada beberapa udang komersial dari genus ini di negara lain seperti P.Indicus dan P. Japonicus dan byk lagi.

Udang hiasan di akuarium pula tergolong dalam kumpulan yang lain. Tetapi tidak perlu saya huraikan disini sebab tak masuk topik, hehe.

Sila rujuk di bawah untuk gambar genus Macrobrachium selain M. Rosenbergii


Macrobrachium_sp_Schoko


Macrobrachium Celebensis


Macrobrachium Lingyunense


Macrobrachium Poeti


Macrobrachium Ohione


Macrobrachium Carnicus


Macrobrachium Carnicus


Macrobrachium Hainanense


Macrobrachium Sp. Peru

Wednesday, May 5, 2010

Perbezaan Udang Galah Jantan & Betina

Baiklah, atas permintaan ramai kini saya postkan perbezaan udang jantan dan betina. Perbezaan ini ialah perbezaan dari segi seorang penternak dan bukan dari segi saintis. Kalau dari segi saintis mungkin byk lagi benda-benda halus yang kita sendiri tak nampak dan tak tahu namanya.

Udang Galah Jantan:
1) Kepala lebih besar
2) Abdomen lebih panjang
3) Sepit panjang dan tebal
4) Organ sex jantan berada di kaki jalan (periopods) yang ke 5 pasang
5) Jantan terbahagi kepada 3 peringkat - blue claw, orange claw, small males

Udang Galah Betina:
1) Kepala lebih kecil
2) abdomen lebih pendek tetapi lebar
3) Sepit yang kecil
4) Pleura (cengkerang kat perut) lebih panjang untuk simpan telur
5) Organ sex betina berada di kaki jalan (periopods) yang ke 3 pasang
6) Tiada peringkat bagi udang betina. Namun ada juga yang memanggil VF (Virgin Females - Masih Dara), BF (Berried Female - Bertelur) dan juga OF (Open Brood Chamber- Dah Bertelur)
7) Selalunya mempunyai telur di bawah perut sanada berwarna oren, coklat ataupun hitam.

OK. Inilah perbezaan yang ketara pada udang galah jantan dan betina. Harap fan trueaqua dapat mengambil manfaat

Tuesday, April 27, 2010

Produk Makanan CP (Charoen Pokphand)

Salam,

Dah lama tengok iklan billboard produk ni kat area Ampangan, Negeri Sembilan cuma tak terpikir nak beli. Hari ni gi Giant Senawang and nak tengok dan beli. Terkejut gak rupanya ni produk CP. Pengeluar udang terbesar dunia serta pembuat makanan terkenal berasal dari Thailand. Di Malaysia, kilang dia ada di Beranang, Selangor. Brand yang terkenal di Malaysia untuk udang harimau ialah Starfeed. Untuk udang putih ialah Blanca dan Novo. So saya pun beli dan try la makan.

1) Produk ni ialah wantan udang (pakai udang putih yang dibela oleh CP).
2) Presentation and packaging cantik.
3) Ada 5 ketul udang sekor-sekor.
4) Harga RM5.99
5) Rasa?? Pada saya tak best, maybe sebab saya dah biasa dgn udang fresh. Tapi bagi common people maybe oklaa...

Tapi produk ni bagi idea kepada saya, kalaulah udang galah dibuat produk sebegini ok ke??





Saturday, April 24, 2010

Udang Harimau Giant!!

Belek2 punya belek internet rupanya ada jugak udang harimau size giant yer??? Bolehla kolam pancing udang harimau wat jackpot lak?? Hehe..ni gambar dari oversea, udang ni dari laut bukan bela....



Tuesday, April 20, 2010

TrueAqua Dalam Majalah Jutawan April 2010

Salam dan hi to all,

Baru-baru ini TrueAqua telah ditemuramah oleh wartawan dari Majalah Jutawan untuk edisi April 2010. Kami ingin berterima kasih dengan mereka kerana sudi melawat kolam kami dan juga memberi peluang kepada kami untuk mempromosikan kolam pancing kami di Shah alam dan juga di Ulu Bendul. Untuk dapatkan voucher diskaun kami sila beli Majalah Jutawan bulan April 2010. Thanks!!





Monday, April 19, 2010

Teknologi Ternakan Udang Indoor

Salam dan hi to all,

Saja surfing pasal udang di internet dan jumpa 2 website dari oversea yang setupkan sistem indoor faming (kolam simen, kanvas). Salah satu kompeni ini ada jadi advisor untuk projek inddor farming udang di Malaysia. Apa yang saya faham ia memang berteknologi tinggi dan setakat ini hanya sesuai untuk udang harimau dan udang putih. Layari link di bawah

Aquaculture Farming Technology

CreveTope

Monday, April 5, 2010

Pokok Hydrilla dan fungsinya

Pernahkah anda jumpa pokok ini di dalam kolam ternakan anda? Tentu kalo ada memang banyak sampai air kolam pun tak nampak. Ok mari kami kongsikan ilmu dan pengalaman kami tentang pokok ini.

Pokok hydrilla ialah sejenis tumbuhan air tawar yang selalu ada di tasik atau kolam. Ia juga ada dijual di kedai akuarium sebagai pokok hiasan akuarium.

Kelebihan pokok ini ialah :
1) Ianya bertindak seperti rumah untuk udang tinggal dan berlindung dari pemangsa.
2) Ia juga memberikan makanan semulajadi kepada udang.

Keburukan pokok ini ialah :
1) Menggunakan oksigen yang banyak pada waktu malam
2) Terlalu banyak boleh sebabkan pH tinggi
3) Susah untuk tuai udang, perlu 'clearkan' dulu rumput dengan tangan ataupun menggunakan ikan tongsan (grasscarp)

Cara atasi :
1) Penyediaan kolam yang betul supaya air cepat hijau dan pokok ini x boleh tumbuh.
2) Jikalau ada kesan pokok ini tumbuh, cepat2 cabut atau letak ikan tongsan sebelum ia merebak dengan cepat. Percayalah ia merebak dengan sangat cepat.
3) Jika ia merebak, air secara automatik menjadi cerah kerana ia meresap segala nutrien air, letaklah kapur dan baja 100 beg pun air xkan gelap.
4) Hanya dengan mencabut atau letak ikan tongsan sahaja boleh atasi.

Sekian